Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Sarjana Pendidikan
  • (a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau setara dengannya, dengan sekurang-kurangnya PNGK 2.75, seperti yang diterima oleh Senat PPT; atau
  • (b) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau setara dengannya, dengan minimum PNGK 2.50 tetapi tidak mencapai PNGK 2.75, boleh diterima masuk tertakluk kepada penilaian dalaman yang rapi; atau
  • (c) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau yang setara dengannya yang tidak mencapai PNGK 2.50, boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Kelulusan dan kelayakan lain yang setaraf dengan kelulusan (a), (b) atau (c) yang diiktiraf oleh Senat.
Syarat Bahasa Inggeris

Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi kemasukan pelajar antarabangsa adalah 6.0 IELTS, 60 TOEFL iBT dan 627 TOEFL ITP, kecuali bagi program berikut:

  1. Program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
    Syarat kemasukan adalah minimum Band 6.5 IELTS ATAU 80 TOEFL iBT ATAU 627 TOEFL ITP ATAU HEET ARAS 8.
    • Syarat Temuduga Calon Antarabangsa (hanya kepada calon terpilih untuk program Doktor Falsafah dan Sarjana mod penyelidikan)
    • Telah memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh fakulti.
    • Telah memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya IELTS (Academic) Band 6.5 atau TOEFL iBT 80 dan ke atas.
    • Calon yang menggunakan keputusan TOEFL ITP atau IELTS Indicator wajib menjalani temuduga, kerana sijil kompetensi tidak merangkumi ujian lisan.
  2. Program Pendidikan Bahasa Arab & Pendidikan Islam:
    • Calon yang menulis tesis dalam Bahasa Arab – IELTS 5.5
    • Calon yang menulis tesis dalam Bahasa Inggeris – IELTS 6.0

Namun, calon antarabangsa Nusantara diberikan kelonggaran syarat kompetensi Bahasa Inggeris bagi program yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, tidak termasuk penggunaan dwibahasa di mana calon wajib menulis tesis dalam Bahasa Melayu.

Pengkhususan
  • Pendidikan Bahasa Arab
  • Pendidikan Bahasa Melayu
  • Pendidikan Ekonomi
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Khas & Inklusif
  • Pendidikan Komputer
  • Pendidikan Matematik
  • Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Sains
  • Pendidikan Sejarah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
  • Pengukuran dan Penilaian
  • Pengurusan Pendidikan
  • Psikologi Pendidikan
  • Sosiologi Pendidikan
  • Teknologi Pendidikan
Mod Pengajian & Bentuk pendaftaran

Mod Penyelidikan 

Sepenuh atau Separuh Masa
Kuliah: Pada hari bekerja dan waktu pejabat (termasuk separuh masa)

Program Siswazah

Siswazah

+603-8921-6245
tdakadfpend@ukm.edu.my

Hubungi Kami

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay