Fakulti Pendidikan | Faculty of Education
“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”
Hampir 1 billion pengguna internet di seluruh dunia
merupakan warga kurang Upaya
"Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti"
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkasa dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
Professor
Professor Madya
Pensyarah
Perlaksana
Pelajar
🔥 Berita Baik untuk SEMUA! 🔥
TERBUKA KEPADA SEMUA. Tidak kira anda alumni, pelajar, staf, mahupun orang awam, SEMUA ORANG layak untuk menebus promosi ini. Dapatkan 30% diskaun tiket konsert untuk semua Tier tiket!
🎟️ Gunakan kod: TEKAD57
✨ Nikmati 30% diskaun khas untuk semua!
🔗 www.ticket2u.com.my/event/50150
Jom tempah tiket anda sekarang!
Sambil berhibur, kita juga menyumbang! Jom saksikan Konsert Gala "Melodi Sepanjang Zaman" 2026. Hasil kutipan tiket akan disalurkan terus ke Tabung Kebajikan Pelajar UKM. 💖🎸
Butiran Konsert:
📅 Tarikh: 20 Jun 2026
⏰ Masa: 8.00 Malam
📍 Tempat: DECTAR, UKM
Slot adalah terhad, dapatkan tiket anda hari ini juga! 🤩🎶
#AlumniBalikKampus2026
#alumnihebatUKM
#memperkasapenglibatan
#memperkukuhkomunikasi
#ImanIlmuAmal
... Lihat LagiLihat Kurang

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, FASc atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkuat kuasa mulai 15 Jun 2026.
Semoga universiti watan kita ini akan terus memacu kecemerlangan diatas pelantikan ini.
Tulus ikhlas daripada seluruh warga Fakulti Pendidikan.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi
... Lihat LagiLihat Kurang

𝗕𝗘𝗥𝗜𝗧𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗭𝗜𝗔𝗛
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Seluruh warga Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penuh rasa hiba dan dukacita menerima perkhabaran tentang pemergian salah seorang siswazah kita, saudara Azhar bin Manap yang telah kembali ke rahmatullah pada 09 Mei 2026 (21 Zulkaedah 1447H).
Allahyarham merupakan pelajar bagi program Sarjana Pendidikan (Sumber dan Teknologi Maklumat) di Fakulti Pendidikan, UKM. Selain bergelar seorang pelajar sarjana, Allahyarham juga merupakan seorang pendidik yang sangat berdedikasi dan menabur bakti sebagai Guru di SK Lubok Kelubi.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat besar buat dunia pendidikan, warga fakulti, serta seluruh warga sekolah, rakan-rakan guru, dan anak-anak didik Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh
#FPendUKM #UKMSharing #beritatakziah #ukm #Alfatihah
... Lihat LagiLihat Kurang

𝗘𝗞𝗦𝗣𝗟𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗢𝗞𝗨: 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗠𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡, 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡
Bangi, 6 Jun 2026 – Pelajar Tahun 3 Program Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menganjurkan program Eksplorasi Dunia OKU sebagai sebahagian daripada keperluan kursus GGGB3253 Falsafah dan Pengurusan Pendidikan Khas. Program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah menarik penyertaan warga UKM dan masyarakat luar yang berminat untuk mendalami dunia Orang Kurang Upaya (OKU) melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan berasaskan pengalaman.
Program ini diketuai oleh Saudara Mumbarez Ahmad Indrawan selaku Ketua Pengarah Program. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Fakulti Pendidikan UKM. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan advokasi, kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU sebagai sebahagian daripada usaha membina komuniti yang inklusif, prihatin dan menghormati kepelbagaian keupayaan manusia.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan advokasi terhadap golongan OKU melalui pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat. Berbeza daripada pendekatan pembelajaran secara teori semata-mata, peserta diberi peluang untuk meneroka pelbagai kategori OKU melalui aktiviti simulasi, permainan dan pengalaman langsung yang dirancang oleh pelajar Pendidikan Khas.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti lapan stesen eksplorasi yang mewakili pelbagai kategori OKU. Setiap stesen menyediakan aktiviti dan cabaran yang membolehkan peserta memahami pengalaman, keperluan serta halangan yang dihadapi oleh individu OKU dalam kehidupan seharian. Melalui aktiviti tersebut, peserta dapat mengenali dengan lebih dekat aspek komunikasi, pembelajaran, mobiliti, tingkah laku dan interaksi sosial yang berkait rapat dengan pelbagai kategori ketidakupayaan.
Program ini dibangunkan berasaskan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning), yang memberi peluang kepada peserta untuk belajar melalui penglibatan secara langsung. Pendekatan ini membantu meningkatkan empati, kefahaman dan kesedaran terhadap realiti kehidupan golongan OKU, sekali gus menggalakkan pembentukan masyarakat yang lebih inklusif dan menghargai kepelbagaian.
Selain memberi manfaat kepada peserta, program ini turut menjadi platform kepada pelajar Pendidikan Khas untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari dalam kursus ini melalui proses perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program berbentuk advokasi komuniti. Pengalaman ini membolehkan pelajar menghubungkan teori yang dipelajari di bilik kuliah dengan realiti masyarakat serta memperkukuh kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pengurusan program.
Program turut diserikan dengan pelbagai aktiviti eksplorasi, sesi interaksi bersama peserta, persembahan Bahasa Isyarat Malaysia dan penyampaian hadiah serta saguhati kepada para peserta yang berjaya menyelesaikan cabaran di setiap stesen. Program diakhiri dengan tayangan montaj, sesi bergambar dan majlis penutupan.
Fakulti Pendidikan UKM berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai medium untuk memperluas usaha advokasi dan kesedaran masyarakat terhadap golongan OKU. Kesedaran terhadap OKU bukan sekadar memahami kekurangan, tetapi menghargai keupayaan, potensi dan hak setiap individu untuk hidup, belajar dan menyumbang dalam masyarakat secara bermaruah.
#ukm
#UniversitiWatanKita
#FakultiPendidikan
#pendidikankhas
#eksplorasiduniaoku
#advokasioku.
... Lihat LagiLihat Kurang


+
𝗨𝗞𝗠 𝗥𝗔𝗜𝗛 𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗜 𝗧𝗛𝗘 𝗔𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗗𝗩𝗘𝗡𝗧𝗨𝗥𝗘𝗦 𝗖𝗢𝗠𝗣𝗘𝗧𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗜 𝗛𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗡𝗚
HONG KONG, 28 Mei 2026 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (UKM-CESMED), selaku penganjur bersama The Education University of Hong Kong (EdUHK), telah mencatat kejayaan membanggakan dalam The Asian EDVentures Competition 2026 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2026 di Hong Kong.
Pertandingan yang bertemakan “Innovation in Education” dan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti itu menghimpunkan penyertaan daripada universiti-universiti di China, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Filipina, Indonesia, India dan Hong Kong. Program tersebut bertujuan memperkukuh budaya inovasi, keusahawanan serta pembangunan penyelesaian pendidikan berimpak tinggi dalam kalangan mahasiswa dan institusi pengajian tinggi.
Dalam pertandingan berprestij itu, UKM berjaya meraih Hadiah Utama Tempat Ketiga bernilai USD500 menerusi projek “AceTerus –AI-Powered Educational Software and Learning Content System ” yang dibangunkan oleh Ling Chin Wei, Dhiren Sivanesan dan Nik Deanna Aleeya Nik Hishammuddin daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) di bawah bimbingan Ts. Dr. Azura Ishak.
Selain itu, UKM turut menerima Hong Kong Teaching Excellence Alliance (HKTEA) Innovation in STEM Award bernilai USD250 menerusi projek “Hybrid Board Game: Making Programming Assessment Playful, Social, and Immediate” yang dihasilkan oleh Mohamad Firdaus Che Abdul Rani daripada Fakulti Pendidikan, dengan bimbingan Dr. Nor Hafizah Adnan.
Turut mewakili UKM-CESMED dalam program tersebut ialah Prof. Madya Dr. Mazlina Mohd Said, Timbalan Pengarah (Jaringan Industri), yang telah dijemput sebagai salah seorang juri antarabangsa bagi pertandingan berkenaan.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen UKM dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, inovatif dan berupaya menghasilkan penyelesaian pendidikan yang memberi impak kepada masyarakat. Pencapaian tersebut sekali gus memperkukuh kedudukan UKM sebagai institusi peneraju dalam bidang keusahawanan, inovasi dan pendidikan di peringkat antarabangsa.
Tahniah dan syabas!
#UKM #FPENDkongsi #fakultipendidikan #UniversitiWatanKita #SDG17
... Lihat LagiLihat Kurang

"Tuntutlah Ilmu. Disaat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Disaat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu."
"Hasil tertinggi dalam pendidikan adalah toleransi kerana kepersamaan hanya wujud jika faham perbezaan"
"Academic must endeavour in continual research, teaching, practicing and servicing for the community"
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi daripada semangat yang tidak pernah mengalah"
"SUDIR: Sense of purpose, Understand the situation, Develop the best strategy, Invest time & effort, Review."
"Jadilah seorang yang boleh membawa perbezaan"
Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian
Copyright © 2025 | FPEND, UKM
Fakulti Pendidikan - Universiti Kebangsaan Malaysia
We firmly believe that the internet should be available and accessible to anyone, and are committed to providing a website that is accessible to the widest possible audience, regardless of circumstance and ability.
To fulfill this, we aim to adhere as strictly as possible to the World Wide Web Consortium’s (W3C) Web Content Accessibility Guidelines 2.1 (WCAG 2.1) at the AA level. These guidelines explain how to make web content accessible to people with a wide array of disabilities. Complying with those guidelines helps us ensure that the website is accessible to all people: blind people, people with motor impairments, visual impairment, cognitive disabilities, and more.
This website utilizes various technologies that are meant to make it as accessible as possible at all times. We utilize an accessibility interface that allows persons with specific disabilities to adjust the website’s UI (user interface) and design it to their personal needs.
Additionally, the website utilizes an AI-based application that runs in the background and optimizes its accessibility level constantly. This application remediates the website’s HTML, adapts Its functionality and behavior for screen-readers used by the blind users, and for keyboard functions used by individuals with motor impairments.
If you’ve found a malfunction or have ideas for improvement, we’ll be happy to hear from you. You can reach out to the website’s operators by using the following email
Our website implements the ARIA attributes (Accessible Rich Internet Applications) technique, alongside various different behavioral changes, to ensure blind users visiting with screen-readers are able to read, comprehend, and enjoy the website’s functions. As soon as a user with a screen-reader enters your site, they immediately receive a prompt to enter the Screen-Reader Profile so they can browse and operate your site effectively. Here’s how our website covers some of the most important screen-reader requirements, alongside console screenshots of code examples:
Screen-reader optimization: we run a background process that learns the website’s components from top to bottom, to ensure ongoing compliance even when updating the website. In this process, we provide screen-readers with meaningful data using the ARIA set of attributes. For example, we provide accurate form labels; descriptions for actionable icons (social media icons, search icons, cart icons, etc.); validation guidance for form inputs; element roles such as buttons, menus, modal dialogues (popups), and others. Additionally, the background process scans all the website’s images and provides an accurate and meaningful image-object-recognition-based description as an ALT (alternate text) tag for images that are not described. It will also extract texts that are embedded within the image, using an OCR (optical character recognition) technology. To turn on screen-reader adjustments at any time, users need only to press the Alt+1 keyboard combination. Screen-reader users also get automatic announcements to turn the Screen-reader mode on as soon as they enter the website.
These adjustments are compatible with all popular screen readers, including JAWS and NVDA.
Keyboard navigation optimization: The background process also adjusts the website’s HTML, and adds various behaviors using JavaScript code to make the website operable by the keyboard. This includes the ability to navigate the website using the Tab and Shift+Tab keys, operate dropdowns with the arrow keys, close them with Esc, trigger buttons and links using the Enter key, navigate between radio and checkbox elements using the arrow keys, and fill them in with the Spacebar or Enter key.Additionally, keyboard users will find quick-navigation and content-skip menus, available at any time by clicking Alt+1, or as the first elements of the site while navigating with the keyboard. The background process also handles triggered popups by moving the keyboard focus towards them as soon as they appear, and not allow the focus drift outside it.
Users can also use shortcuts such as “M” (menus), “H” (headings), “F” (forms), “B” (buttons), and “G” (graphics) to jump to specific elements.
We aim to support the widest array of browsers and assistive technologies as possible, so our users can choose the best fitting tools for them, with as few limitations as possible. Therefore, we have worked very hard to be able to support all major systems that comprise over 95% of the user market share including Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Opera and Microsoft Edge, JAWS and NVDA (screen readers).
Despite our very best efforts to allow anybody to adjust the website to their needs. There may still be pages or sections that are not fully accessible, are in the process of becoming accessible, or are lacking an adequate technological solution to make them accessible. Still, we are continually improving our accessibility, adding, updating and improving its options and features, and developing and adopting new technologies. All this is meant to reach the optimal level of accessibility, following technological advancements. For any assistance, please reach out to