Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Syarat Kemasukan
  • Ijazah Sarjana dari Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh badan akreditasi luar negara, atau institusi yang mempunyai akreditasi seperti mana yang ditetapkan oleh sesuatu program; atau
  • Kelayakan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana atau mempunyai kelayakan lain dengan pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau
  • Pelajar yang sedang mengikuti program sarjana mod penyelidikan secara sepenuh masa di UKM dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti/Institut untuk menukar status kepada program kedoktoran dengan kelulusan Dekan/Pengarah; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dengan memperoleh keputusan cemerlang dari UKM atau mana-mana institusi pengajian tinggi tertakluk kepada ketetapan Fakulti/Institut dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi luar negara; atau,
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat atau memenuhi syarat lain yang ditetapkan oleh program (jika berkenaan); dan memenuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Syarat keperluan Bahasa Inggeris bagi kemasukan pelajar antarabangsa adalah 6.0 IELTS, 60 TOEFL iBT dan 627 TOEFL ITP, kecuali bagi program berikut:

  1. Program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
    Syarat kemasukan adalah minimum Band 6.5 IELTS ATAU 80 TOEFL iBT ATAU 627 TOEFL ITP ATAU HEET ARAS 8.
    • Syarat Temuduga Calon Antarabangsa (hanya kepada calon terpilih untuk program Doktor Falsafah dan Sarjana mod penyelidikan)
    • Telah memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan oleh fakulti.
    • Telah memenuhi syarat penguasaan Bahasa Inggeris yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya IELTS (Academic) Band 6.5 atau TOEFL iBT 80 dan ke atas.
    • Calon yang menggunakan keputusan TOEFL ITP atau IELTS Indicator wajib menjalani temuduga, kerana sijil kompetensi tidak merangkumi ujian lisan.
  2. Program Pendidikan Bahasa Arab & Pendidikan Islam:
    • Calon yang menulis tesis dalam Bahasa Arab – IELTS 5.5
    • Calon yang menulis tesis dalam Bahasa Inggeris – IELTS 6.0

Namun, calon antarabangsa Nusantara diberikan kelonggaran syarat kompetensi Bahasa Inggeris bagi program yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya, tidak termasuk penggunaan dwibahasa di mana calon wajib menulis tesis dalam Bahasa Melayu.

Program Doktor Falsafah Pendidikan (Ph.D)

Ph.D

+603 8921 6245
tdakadfpend@ukm.edu.my

Hubungi Kami

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay