Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Pada 2009, Makmal Pembelajaran Autisme dibuka di Fakulti Pendidikan dengan 9 orang guru dan hanya 15 orang murid yang mempunyai ciri autisme dengan menggunakan peruntukan geran penyelidikan. Selepas 2 tahun kemudian, Makmal Pembelajaran Autisme meneruskan operasi dengan menggunakan wang hasil pembayaran yuran bulanan murid bagi menampung kos operasi dan pembayaran gaji guru. Pada Mei 2018, Makmal pembelajaran Autisme telah berpindah ke bangunan Tunas UKM yang memberi peluang kepada seramai 48 orang murid berkepeluan khas untuk mendapatkan perkhidmatan intervensi awal dalam persekitaran yang lebih kondusif untuk perkembangan sosial dan emosi serta komunikasi. Makmal Pembelajaran Autisme memberi perkhidmatan intervensi awal kepada 42 orang murid berkeperluan khas yang berumur 4 tahun hingga 9 tahun dan Program Pravokasional kepada 6 orang murid berkeperluan khas yang berumur antara 11 hingga 18 tahun. Sehingga hari ini, Makmal Pembelajaran Autisme mempunyai 58 orang murid berkeperluan khas dan juga seramai 13 orang guru serta 1 orang pengurus.

Makmal Pembelajaran Autisme menjalankan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk merancang aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid dan melaksanakan intervensi yang telah dirancang bagi setiap murid. Antara intervensi yang dijalankan adalah Pengurusan Diri (contoh: latihan ke tandas, menggosok gigi) Modifikasi Tingkah Laku (contoh: mengamuk, menggigit) dan Pra akademik (contoh: kemahiran menulis, mengira dan membaca) berpandukan modul yang telah dibangunkan oleh Makmal Pembelajaran Autisme. Sehingga kini, Makmal Autisme telah berjaya menghasilkan 7 buah buku dan 6 daripadanya telah berdaftar di bawah Perlindungan Harta Intelek (Hakcipta) serta 3 buah modul. Satu produk inovasi telah berdaftar di bawah Perlindungan Harta Intelek (Hakcipta) manakala 2 lagi dalam proses permohonan.

Makmal juga terlibat dengan aktiviti bersama komuniti seperti bengkel latihan keibubapaan samada anjuran Makmal ataupun dijemput sebagai panel atau penceramah khas. Pada 09 April 2018, Makmal Pembelajaran Autisme telah memenangi Anugerah Tanggungjawab Sosial IPT Autisme 2018 dalam Majlis Anugerah Dari Hati ke Hati yang telah dianjurkan oleh Bank Rakyat. Bagi menampung kos perbelanjaan operasi Makmal Pembelajaran Autisme, Fakulti Pendidikan telah menganjurkan program Amal bagi menggumpul dana iaitu Golf Amal Autisme UKM (2015), Golf Amal Autisme UKM (2012) dan Makan Malam Amal Autisme (2011).

Kenali Kakitangan Makmal Pembelajaran Autisme

Penyelaras

Dr. Mohd Syazwan Zainal

Penyelaras Makmal Pembelajaran Austisme

Guru

Penyelaras

Dr. Mohd Syazwan Zainal

Penyelaras Makmal Pembelajaran Austisme

Pengetua

Guru

Pembantu Pengurusan

Pengetua

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay