Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Tadika Tunas UKM ditubuhkan pada sekitar tahun 1980 yang ketika itu dikenali sebagai Taman Siswa Muda, Bahagian Asuhan yang dikendalikan oleh Fakulti Sains Sosial &Kemanusiaan (FSSK) manakala Bahagian Pra-sekolah dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan. Pada tahun 1999 UKM Holdings telah mengambil alih dan menukarkan namanya kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak UKM. Bermula pada tahun 2009, tadika UKM kembali diserahkan semula ke Fakulti Pendidikan UKM dengan nama Tunas Permata. Pada 02 Mei 2018, Fakulti Pendidikan telah bersetuju menukar nama Tunas Permata kepada Tadika Tunas UKM. Tadika Tunas UKM telah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Akta Pelajaran 1961-Kaedah Pelajaran Tadika Dan Sekolah Asuhan) pada 13 Disember 2018. Tadika Tunas UKM menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak seawal usia 4, 5 dan 6 tahun yang berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan tertakluk kepada garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM). Kini tahun 2022,Tadika Tunas UKM mempunyai jumlah murid seramai 120 orang murid dengan bilangan staf adalah seramai 15 orang.

Kenali Kakitangan Tadika Tunas UKM

Guru

Guru

Pembantu Pengurusan

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay