Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Pusat Kajian Pembudayaan STEM

diyana-stem
Dr. Siti Nur Diyana Mahmud (Pengerusi Pusat)
Pengenalan

Pusat Kajian Pembudayaan STEM ditubuhkan hasil daripada penjajaran semula struktur organisasi Fakulti Pendidikan pada tahun 2017 dalam usaha untuk memperkasakan fakulti dalam bidang penyelidikan serta memantap tadbir urus.Pusat ini memfokus kepada pengemblengan dan penyelarasan usaha ke arah pembudayaan STEM dalam konteks menghasilkan suatu masyarakat yang progresif, dinamik, saintifik, dan inovatif berteraskan Sains dan Teknologi.

VISI

Menjadikan hub pembudayaan dan pemerkasaan STEM melalui penyelidikan yang berimpak tinggi dalam bidang pendidikan STEM yang sesuai dengan zamannya

MISI

Membangunkan suatu repositori dan sistem pengurusan maklumat berteraskan penyelidikan, pengajaran dan khidmat secara interdisiplin, multidisiplin dan transdisiplin yang dapat mempengaruhi polisi dan amalan berkaitan proses pembudayaan STEM

Objektif

  • Menjadi pusat rujukan terulung dalam usaha memperkasakan proses pembudayaan STEM berasaskan penyelidikan berimpak tinggi serta menjadi pusat rujukan dan latihan bagi melahirkan sarjana peyelidik dalam isu-isu yang berkait dengan proses pembudayaan STEM;
  • Menjadi pakar rujuk dalam memformulasi strategi penyelesaian yang relevan di dalam menyelesaikan permasalahan dalam usaha pembudayaan STEM;
  • Membangun polisi dan membentuk gagasan pembudayaan STEM yang berteraskan penyelidikan melalui perkongsian pintar bersama agensi kerajaan dari dalam mahupun luar negara;
  • Membentuk, mengkonsolidasi serta mengkoordinasi elemen yang terlibat dalam proses pembudayaan STEM yang melibatkan pelbagai strata komuniti ke arah pembentukan masyarakat yang memiliki literasi STEM yang mampan; dan
  • Membangun pangkalan data yang menumpukan kepada indikator pembudayaan STEM agar pembentukan polisi dan strategi pembudayaan STEM adalah bersandarkan data sah dan diperakukan.

KHIDMAT SOSIAL

Khidmat sosial akan menumpukan kepada tiga sasaran utama dalam mewujudkan suatu ekosistem pembudayaan STEM yang mampan:

1

Pelajar

  • Menumpukan kepada peningkatan kefahaman konsep yang terlibat dalam kurikulum STEM serta aktiviti-aktiviti yang terarah kepada peningkatan kefahaman konsep STEM yang mampam serta keupayaan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pembelajaran STEM seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pemikiran Rekabentuk (Design Thinking).
  • Pelajar juga turut menumpukan kepada pencerahan tentang perspektif dan laluan kerjaya yang berkaitan dengan STEM melalui program mentor mentee STEM yang berkesinambungan dan lestari.

2

Guru dan Pentadbiran Pendidikan

  • Mensasarkan peningkatan citra, aspirasi serta amalan pengajaran guru dalam misi pembudayaan STEM. Kursus yang berupa peningkatan profesionalisme ini akan ditawarkan dalam bentuk pakej pembelajaran informal yang menarik yang menekankan amalan reflektif dalam meningkatkan kompetensi guru. Variasi dalam kursus akan turut diwujudkan dalam memastikan peluang yang tersedia luas untuk guru mengisi kelompangan pengetahuan dan kemahiran yang membolehkan mereka memainkan peranan yang berkesan dalam misi pembudayaan STEM.

3

Masyarakat

  • Kumpulan masyarakat ini khususnya ibu bapa dan komuniti akan turut didedahkan dengan elemen pembudayaan STEM yang sesuai dengan konteks dan peranan masing-masing. Usaha koheren ini amat penting dalam memastikan misi pembudayaan yang holistik dan berkesinambungan antara satu sama lain.

Kenali Pensyarah Pusat Kajian Pembudayaan STEM

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay