Fakulti Pendidikan | Faculty of Education
“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”
Hampir 1 billion pengguna internet di seluruh dunia
merupakan warga kurang Upaya
"Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti"
Fakulti Pendidikan bertujuan untuk memperluas pengetahuan semasa ke arah perubahan paradigma yang akan memperkasa dan meningkatkan profesion keguruan, serta meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu semasa dalam pendidikan.
Professor
Professor Madya
Pensyarah
Perlaksana
Pelajar
“𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡, 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡” – 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 & 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗔𝗡
Bangi, 26 September 2025 – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bertemakan “Jaga Kesihatan, Tingkatkan Keselamatan” pada 23 hingga 26 September 2025. Program ini menghimpunkan warga fakulti dalam pelbagai aktiviti yang berorientasikan kesedaran, pencegahan serta pengukuhan amalan gaya hidup sihat di tempat kerja.
Penganjuran program ini merupakan salah satu inisiatif fakulti dalam meningkatkan kesedaran kakitangan terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan semasa bekerja di samping memberi pendedahan tentang risiko kesihatan yang mungkin timbul daripada persekitaran kerja. Pada masa yang sama, program ini mengukuhkan lagi peranan JKKP sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga fakulti.
Sepanjang empat hari penganjuran, pelbagai pengisian menarik telah dijalankan. Antaranya ialah aktiviti riadah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong yang memberi peluang kepada peserta menikmati suasana alam semula jadi sambil mengukuhkan hubungan silaturahim sesama kakitangan. Selain itu, bengkel kesihatan mental yang dikendalikan oleh En. Zakuan Khalil, Pegawai Psikologi Klinikal Kanan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), turut mendapat sambutan baik apabila beliau berkongsi ilmu dan panduan berkaitan pengurusan tekanan serta kesejahteraan emosi dalam kehidupan seharian. Program turut disemarakkan dengan aktiviti Brisk Walk melalui Denai Sungai Langat yang menekankan kepentingan gaya hidup aktif serta meningkatkan semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.
Melalui pelaksanaan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ini, Fakulti Pendidikan berharap agar budaya kerja yang sihat, selamat dan sejahtera dapat terus diperkukuhkan, selaras dengan komitmen universiti dalam menjaga kesejahteraan warga kerjanya.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG
... Lihat LagiLihat Kurang
𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝟭𝟯𝟱 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨
Bangi, 30 September 2025 – Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meraikan kehadiran seramai 135 orang mahasiswa baharu menerusi program Minggu Apresiasi Watan peringkat Fakulti Pendidikan (MAW@FPEND) 2025 yang berlangsung di Dewan Budiman semalam.
Program ini diadakan bagi menyambut kedatangan mahasiswa baharu serta penerangan menyeluruh mengenai fakulti, struktur kursus yang bakal diikuti serta ekosistem pembelajaran di universiti. Sesi pengenalan ini turut berfungsi sebagai platform awal untuk memperkenalkan budaya fakulti, peluang pembangunan diri dan sokongan akademik yang tersedia sepanjang pengajian mereka.
Sambutan meriah ini turut diisi dengan sesi taklimat fakulti, pengenalan kepada jabatan dan pusat kajian, perkongsian bersama pensyarah serta aktiviti bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK). Program ini berfungsi sebagai platform mengeratkan hubungan antara pelajar baharu dengan warga fakulti.
Majlis ini dimulakan ucapan perasmian dan pengenalan Fakulti Pendidikan dan barisan pensyarah oleh Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang, Dekan Fakulti Pendidikan.
Dekan Fakulti Pendidikan dalam ucapan alu-aluannya menzahirkan harapan agar pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti, sekali gus melakar kecemerlangan akademik dan sahsiah. Beliau turut menekankan peranan mahasiswa sebagai generasi penerus dalam mendukung falsafah pendidikan kebangsaan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran pengurusan tertinggi universiti Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato' Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Kewatanan).
Fakulti Pendidikan merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan MAW 2025, khususnya Jawatankuasa Induk dan para fasilitator yang telah memastikan kelancaran penganjuran.
Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu!
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG #mawukm
... Lihat LagiLihat Kurang
𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝗧𝗛𝗘 𝗦𝗨𝗠𝗜𝗧𝗢𝗠𝗢 𝗙𝗢𝗨𝗡𝗗𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗘 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗞𝗠
Bangi, 26 September 2025- Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menerima kunjungan rasmi daripada The Sumitomo Foundation pada jam 3.00 petang bertempat di Bilik Bitara 2, Bangunan Makmal Penyelidikan Bahasa, Media & STEM, Fakulti Pendidikan, UKM.
Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk perkongsian maklumat serta penerokaan peluang mendapatkan pendanaan penyelidikan daripada The Sumitomo Foundation, khususnya dalam bidang pendidikan, sosial, budaya dan kemanusiaan. Perbincangan turut menekankan prosedur asas penyelidikan geran antarabangsa serta kaedah memperkukuh kefahaman penyelidik terhadap peluang pembiayaan global.
Perbincangan yang berlangsung penuh mesra ini dihadiri oleh Dr. Khairul Azhar Jamaludin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, Prof. Madya Dr. Harwati Hashim, Timbalan Dekan Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Dr. Siti Nur Diyana Mahmud, Pengerusi Pusat Kajian Pembudayaan STEM merangkap penyelaras bagi kunjungan ini dan Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Ketua Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat. Hadir sama Dr. Muhammad Syawal Amran dan Dr. Syafiqah Abdul Rahim. Turut hadir dalam perbincangan ini Prof. Dr. Shahrul Hisham Zainal Ariffin, Timbalan Pengarah (Perancangan dan Operasi Geran) Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM).
Sebagai latar belakang, The Sumitomo Foundation ditubuhkan pada tahun 1991 di Jepun dengan matlamat menyokong penyelidikan dan projek yang memupuk pemahaman mendalam dalam bidang sosial, budaya, pendidikan serta kemanusiaan. Yayasan ini memberi penekanan kepada pengukuhan kerjasama serantau dan antarabangsa, khususnya di Asia, melalui penyediaan geran yang kompetitif dan berimpak tinggi.
Fakulti Pendidikan UKM merakamkan penghargaan kepada The Sumitomo Foundation atas kesudian berkongsi maklumat dan membuka peluang kerjasama. Pertemuan ini diharap menjadi titik tolak kepada hubungan strategik yang lebih erat serta bermanfaat dalam memperluas sumbangan penyelidikan di peringkat global.
#UKM #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4
... Lihat LagiLihat Kurang
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗥𝗨 𝗙𝗔𝗞𝗨𝗟𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜𝗞 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang bakal mendaftar bagi sesi akademik 2025/2026.
Semoga perjalanan akademik anda di Universiti Kebangsaan Malaysia penuh dengan pengalaman bermakna yang akan membentuk jati diri dan mencipta kejayaan yang gemilang.
Selamat datang ke universiti watan kita!
#ukm #UniversitiWatanKita #FakultiPendidikan #FPENDkongsi #SDG #SDG4 #mawukm #MAW2025
... Lihat LagiLihat Kurang
Jom tonton rancangan Awani Pagi dengan topik “Inovasi Universiti, daripada Idea ke Realiti” yang menampilkan YBhg. Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor, Universiti Kevangsaan Malaysia (UKM), YBrs. Dr. Mohd Norazmi Nordin, Pensyarah Kanan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, UKM dan YBrs. Dr. Isma Liza Mohd Isa, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, UKM sebagai panel jemputan pada hari Selasa, 23 September 2025, jam 8.30 pagi.
Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung di Saluran 501 dan aplikasi Astro AWANI.
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#IlmuMutuBudi
#UKM
#UKMSharing
... Lihat LagiLihat Kurang
"Tuntutlah Ilmu. Disaat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Disaat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu."
"Hasil tertinggi dalam pendidikan adalah toleransi kerana kepersamaan hanya wujud jika faham perbezaan"
"Academic must endeavour in continual research, teaching, practicing and servicing for the community"
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi daripada semangat yang tidak pernah mengalah"
"SUDIR: Sense of purpose, Understand the situation, Develop the best strategy, Invest time & effort, Review."
"Jadilah seorang yang boleh membawa perbezaan"
Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian
Copyright © 2025 | FPEND, UKM
Fakulti Pendidikan - Universiti Kebangsaan Malaysia
We firmly believe that the internet should be available and accessible to anyone, and are committed to providing a website that is accessible to the widest possible audience, regardless of circumstance and ability.
To fulfill this, we aim to adhere as strictly as possible to the World Wide Web Consortium’s (W3C) Web Content Accessibility Guidelines 2.1 (WCAG 2.1) at the AA level. These guidelines explain how to make web content accessible to people with a wide array of disabilities. Complying with those guidelines helps us ensure that the website is accessible to all people: blind people, people with motor impairments, visual impairment, cognitive disabilities, and more.
This website utilizes various technologies that are meant to make it as accessible as possible at all times. We utilize an accessibility interface that allows persons with specific disabilities to adjust the website’s UI (user interface) and design it to their personal needs.
Additionally, the website utilizes an AI-based application that runs in the background and optimizes its accessibility level constantly. This application remediates the website’s HTML, adapts Its functionality and behavior for screen-readers used by the blind users, and for keyboard functions used by individuals with motor impairments.
If you’ve found a malfunction or have ideas for improvement, we’ll be happy to hear from you. You can reach out to the website’s operators by using the following email
Our website implements the ARIA attributes (Accessible Rich Internet Applications) technique, alongside various different behavioral changes, to ensure blind users visiting with screen-readers are able to read, comprehend, and enjoy the website’s functions. As soon as a user with a screen-reader enters your site, they immediately receive a prompt to enter the Screen-Reader Profile so they can browse and operate your site effectively. Here’s how our website covers some of the most important screen-reader requirements, alongside console screenshots of code examples:
Screen-reader optimization: we run a background process that learns the website’s components from top to bottom, to ensure ongoing compliance even when updating the website. In this process, we provide screen-readers with meaningful data using the ARIA set of attributes. For example, we provide accurate form labels; descriptions for actionable icons (social media icons, search icons, cart icons, etc.); validation guidance for form inputs; element roles such as buttons, menus, modal dialogues (popups), and others. Additionally, the background process scans all the website’s images and provides an accurate and meaningful image-object-recognition-based description as an ALT (alternate text) tag for images that are not described. It will also extract texts that are embedded within the image, using an OCR (optical character recognition) technology. To turn on screen-reader adjustments at any time, users need only to press the Alt+1 keyboard combination. Screen-reader users also get automatic announcements to turn the Screen-reader mode on as soon as they enter the website.
These adjustments are compatible with all popular screen readers, including JAWS and NVDA.
Keyboard navigation optimization: The background process also adjusts the website’s HTML, and adds various behaviors using JavaScript code to make the website operable by the keyboard. This includes the ability to navigate the website using the Tab and Shift+Tab keys, operate dropdowns with the arrow keys, close them with Esc, trigger buttons and links using the Enter key, navigate between radio and checkbox elements using the arrow keys, and fill them in with the Spacebar or Enter key.Additionally, keyboard users will find quick-navigation and content-skip menus, available at any time by clicking Alt+1, or as the first elements of the site while navigating with the keyboard. The background process also handles triggered popups by moving the keyboard focus towards them as soon as they appear, and not allow the focus drift outside it.
Users can also use shortcuts such as “M” (menus), “H” (headings), “F” (forms), “B” (buttons), and “G” (graphics) to jump to specific elements.
We aim to support the widest array of browsers and assistive technologies as possible, so our users can choose the best fitting tools for them, with as few limitations as possible. Therefore, we have worked very hard to be able to support all major systems that comprise over 95% of the user market share including Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari, Opera and Microsoft Edge, JAWS and NVDA (screen readers).
Despite our very best efforts to allow anybody to adjust the website to their needs. There may still be pages or sections that are not fully accessible, are in the process of becoming accessible, or are lacking an adequate technological solution to make them accessible. Still, we are continually improving our accessibility, adding, updating and improving its options and features, and developing and adopting new technologies. All this is meant to reach the optimal level of accessibility, following technological advancements. For any assistance, please reach out to