Fakulti Pendidikan | Faculty of Education

“Peneraju Inovasi Pendidikan Berkualiti”

Terma & Syarat Tempahan Bilik Training

  1. Kelulusan Tempahan

    • Semua tempahan tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
    • Pengguna akan menerima pengesahan tempahan melalui emel setelah permohonan diluluskan.
  2. Penggunaan Bilik

    • Bilik hanya boleh digunakan untuk tujuan akademik, latihan, seminar, atau aktiviti yang dibenarkan oleh pihak pengurusan.
    • Masa penggunaan bilik mesti dipatuhi seperti yang telah ditempah.
  3. Tanggungjawab Pengguna

    • Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan bilik selepas penggunaan.
    • Semua peralatan (seperti projektor, mikrofon, whiteboard) mesti dijaga dengan baik dan dikembalikan dalam keadaan asal.
    • Sebarang kerosakan atau kehilangan peralatan akan menjadi tanggungjawab pengguna dan boleh dikenakan caj gantian.
  4. Pembatalan & Perubahan Tempahan

    • Pembatalan atau perubahan tempahan mesti dimaklumkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu tempahan.
    • Kegagalan memaklumkan lebih awal boleh menyebabkan sekatan tempahan pada masa akan datang.
  5. Pematuhan Peraturan

    • Pengguna mesti mematuhi semua peraturan keselamatan dan tatacara penggunaan bilik yang ditetapkan.
    • Sebarang pelanggaran peraturan boleh menyebabkan tindakan lanjut, termasuk larangan menggunakan bilik di masa hadapan.

Fakulti Pendidikan bermula sebagai Jabatan Pendidikan di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan pada tahun 1972. Kini dikenali sebagai FPEND, disokong oleh beberapa pusat kajian

Hubungi

Copyright © 2025 | FPEND, UKM

wpChatIcon
wpChatIcon
ms_MYMalay